Wednesday, February 16, 2011

sejuta kasih untukmu....


            Bayu subuh mencengkam tubuh genit Alesya Zafira, dia bingkas bangun menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba kepada penciptanya. Luahan hati, rasa dan suratan takdirnya diadukan kepada Yang Berkuasa, kerana bagi Alesya dia redha dengan kehendakNya. Usai solat subuh, bermulalah rutin hariannya sebagai pembantu rumah di rumah mentuanya dan bermajikan kan suaminya, dia pasrah dan akur suratan hidup seorang anak yatim piatu sepertinya. Semenjak pernikahan ekspres dia dan anak majikannya Airil Zafirul dia tidak pernah dilayan sebagai seorang isteri malahan seorang permaisuri di hati suaminya. Pernikahan yang diadakan bagi menutup malu keluarga Datin Ruhaya kerana anak lelaki tunggalnya pewaris perniagaan Almarhum suaminya Datuk Burhan iaitu Bistari Holding telah ditangkap khalwat dengan kekasihnya Wanda seorang model terkenal. Berita ini menggemparkan seluruh keluarga Datin Ruhaya dan bagi menutup malu keluarga pernikahan harus dilakukan, namun Wanda melarikan diri ke Kota Singa beralasan belum berkomitmen untuk mendirikan rumah tangga kerana namanya sedang meniti di bibir para agensi peragaan. Alesya Zafira menjadi galang gantinya dengan perkahwinan kontrak bersama  Airil Zafirul. Masih segar dalam ingatan Alesya sewaktu dia di akad sebagi seorang isteri yang sah kepada Airil, hatinya berlagu indah bagaikan mimpi dalam mimpi bernikah dengan lelaki tampan yang menjadi idaman wanita. Namun tidak bagi Airil, hatinya bergelojak dengan pelbagai rasa, dia bagaikan tidak percaya dinikahkan dengan pembantu rumahnya sendiri. Pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama dirasakan satu penghinaan buatnya namun tidak bagi Alesya yang merasakan kebahagiaan pada hari bersejarahnya. Ingatannya pada suaminya yang pertama kali  mengucup dahinya dan menyarungkan cincin dijari manisnya merupakan momen indah walaupun ketidakikhlasan terserlah di wajah Airil, namun dia akur dan sedar diri.

            Jam dinding berdetik 5 kali dan kebiasaanya Airil akan pulang kerumah, selang beberapa minit kereta Airil diparkir di halaman rumah. Tombol pintu dibuka, susuk tubuh lesu Airil menampakkan keletihan diwajahnya, dia menghempaskan tubuhnya di sofa tanpa menghiraukan sepasang mata melihatnya. Alisya menghampiri suaminya sambil membawa segelas jus oren dan mengambil Briefcase serta blazer yang dicampak dihujung meja. Hatinya tersentuh melihat suaminya terlelap di sofa,
            “kasihannya suami aku ni” detik hati Alesya.
Kasih sayangnya terhadap Airil amat mendalam, dia menghampiri Airil dan membuka stokin yg masih bersarung di kaki. Airil terkejut dan terjaga dari lelapannya.
            “maafkan saya Encik Airil” panggilan ‘Encik’ begitu sinonim bagi Alesya yang tidak diiktiraf sebagai isteri oleh Airil. Dia sendiri yang membahasakan panggilan sebegitu.
            “hah tak apalah” Airil bingkas bangun, tiada kemesraan yang ditunjukkan.
            “minum dulu Encik” segelas jus oren disuakan namun dipandang sepi. Airil bingkas bangun dan meniti anak tangga tanpa sebarang butir perkataan. Alesya melihat suaminya hingga hilang dari pandangan. Begitulah setiap hari yang Alesya lalui, namun tidak pernah sekelumit pun dia membenci Airil.
************************************************************************
            Senja telah berlabuh, usai solat isyak Alesya mecoretkan rasa hati pada Diarinya. Baginya diari lah tempat dia meluahkan rasa kerana dia tidak mahu tertinggal sedikit memori pun bersama suaminya.
10 feb.2011
Salam diari..
Hari ni aku gembira sangat dapat menjalankan tanggungjawab ku sebagai isteri. Walaupun suamiku tidak menunjukkan reaksi apa-apa tapi aku bersyukur kerana dia sudi menerima aku sebagai isterinya, pekerjanya dan memberi aku tempat tinggal yang selesa. Di dunia ni aku hanya ada suamiku sahaja walaupun dia tidak sudi menerima aku  cukuplah sekadar dia tempatku mencari pahala.
T O BE CONTINUED........................

No comments:

Post a Comment