Friday, April 1, 2011

sejuta kasih untukmu....continue


Titisan-titisan air mata membasahi helaian diari, sambil dia melihat sekujur tubuh Airil yang terbaring. Alesya berteleku disebelah pembaringan Airil.

Lamunan Alesya terhenti tatkala pintu bilik Airil dikuak. Wanda menerjah masuk meluru memeluk Airil.Alesya tergamam.
            “baby….wake up..please don’t leave me…bangun sayang” Wanda merengek seperti anak kecil lagaknya membuatkan Alesya terfikir motif sebenar Wanda. Benar-benar cinta atau cuma lakonan semata-mata.
            “Airil sayang….macam mana boleh jadi macam ni? I tau you rindu kan I…” Wanda mengusap lembut pipi Airil seolah-olah mahu mengucupnya. Alesya menjadi pemerhati yang setia di sudut kamar, hatinya bergelojak pelbagai rasa, simpati? Cemburu? Marah? Namun dia sedar kedudukan nya yang tidak setaraf untuk menjadi pembangkang dan penghalang hubungan mereka berdua.
            “Airil..you dah sedar sayang..?” suara Wanda terdengar keriangan tatkala melihat mata Airil terbuka. Airil membuka bantuan pernafasan yang berada di mulutnya. Dia perlahan minta dibangunkan, Wanda memeluk Airil sambil menangis dibahunya. Airil tidak menolak dan membalas pelukan Wanda dengan erat. Kedua-dua pasangan itu tidak mempedulikan pemerhati yang sedari tadi menyaksikan drama rekaan Wanda dan suaminya. Alesya keluar dari bilik itu dengan takungan air mata yang ditahan-tahan sejak dari tadi. Tangisan kesyukuran melihat suaminya sedar dari tidur yang panjang juga tangisan hati seorang isteri yang dipinggirkan. Hatinya terlalu sebak, pelbagai andaian yang berlegar diruangan mindanya, lantas dia mengabdikan diri pada Maha Pencipta.
            Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Aku mohon petunjuk dari mu sesungguhnya aku dalam kebuntuan, aku hilang arah. Ampunkanlah dosa ku kiranya aku tidak membahagiakan suamiku, kiranya aku berbuat khilaf dalam rumahtangga ku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat merasai cinta sesama insan yang bergelar suami, dapat memberi kasih sayang ku padanya. Ya Allah sekiranya dia bukan untuk ku aku Redha Ya Allah, aku mahu dia bahagia disamping insan yang dia cintai kerana kebahagiaannya adalah kegembiraan ku, namun pengharapan yang baik aku pohon dari mu.Amin Yarabbal al-amin
            Usai solat maghrib Alesya duduk di balkoni hospital sambil melihat para pelawat berpusu-pusu ke parkir kereta untuk beredar, matanya tertumpu pada sepasang suami isteri yang jalan beriringan sambil berpimpinan tangan sekejap-sekejap suaminya memegang perut isterinya yang membesar tatkala isterinya berkerut seperti mengatakan sesuatu. Kebahagian pasangan tersebut terpancar dari raut wajah mereka. Hati Alesya terusik, fikirannya menerawang memikirkan alangkah indahnya Alesya ditempat pasangan tadi. Bukan emas dan permata yang Alesya mahukan tapi kasih sayang yang berkekalan.
            “Alesya..” sapaan yang membuatkan lamunannya terhenti tatkala bahunya di sentuh.
            “Encik…kenapa kat luar ni Encik kan tak sihat?” tanya Alesya menyembunyikan kekalutan wajahnya akibat terperanjat.
            “Saya cari awak..awak buat apa kat sini? Pergi mana tadi?” tanya Airil.
            “hmm….saya tak nak ganggu Encik, Cik Wanda mana? Tanya Alesya sambil mencari-cari kelibat Wanda.
            “dia dah balik…”

to be continued...

Thursday, February 17, 2011

sejuta kasih untukmu....


Hari minggu adalah waktu yang dinanti-nantikan bagi golongan bekerja kerana pada hari itu semua orang tidak melepaskan peluang berlibur bersama-sama keluarga tercinta. Begitu juga bagi Alesya yang tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah kesayangannya, penat lelah Alesya terhenti tatkala menatap indah senyuman Airil. Namun pada hari itu Alesya bagaikan terkena renjatan elektrik apabila seseorang yang dikhuatiri menggugat rumahtangganya muncul Wanda. Wanda datang bersama mamanya. Perbincangan mereka yang disertai tangisan mengundang  rasa duka di hati Alesya.
            “Maaflkanlah anak saya Wanda ni Datin Ruhaya, dia tak berniat melarikan diri ke Singapura tu, maklumlah ikutkan darah muda.” Rayu Puan Sri Nisa atas tindakan anak kesayangannya Wanda yang melarikan diri sewaktu majlis pernikahan dirancang.
             “saya tak sangka Wanda sanggup buat Airil macam tu, Airil kecewa separuh mati tau tak?.” Datin Ruhaya menggumam marah dan kecewa, namun di hati berbunga-bunga kerana Wanda anak kepada ahli perniagaan yang berjaya, akhirnya pulang ke pangkuan anaknya.
            “aunty, I’m very sorry, masa tu I  keliru dengan kerjaya dan alam rumahtangga, I menyesal aunty, please I love Airil so damn much, aunty please forgive me”. Wanda merayu pada Datin Ruhaya supaya memaafkannya sambil kepalanya berteleku di ribaan wanita itu dengan linangan air mata. Palsu semata-mata.
            “Wanda, aunty maafkan, aunty pun sayangkan Wanda dah anggap macam anak sendiri, dah lah jangan menangis lagi” sambil mengesat air mata tiruan ciptaan dua beranak yang mengatur strategi.
            “kalau macam tu Datin buang yang keruh ambil yang jernih jadi kita bincang semula perkara yang dah terberhenti dahulu, hurm..bila kita nak langsungkan perkahwinan mereka berdua, kalau dah dua-dua suka sama suka pihak saya tak ada halangan, lagi pun Wanda dah bersedia untuk jadi isteri Airil”. Begitu mudah untuk melafazkan maaf bagi Puan Sri Nisa, Wanda pula tersenyum riang tatkala mamanya mula memancing hati wanita tua di hadapannya.
            “ oh..maaflah saya mesti fikirkan dahulu, bukan saya tak mahu tapi….” Datin Ruhaya mati akal untuk menerima atau tidak walaupun batinnya mahukan Wanda menjadi menantunya, otaknya ligat berfikir tentang kehadiran Alesya yang menggantikan Wanda dihari pernikahan Airil. Alesya adalah isteri Airil yang sah, itulah yang tidak dapat disangkal.
            “mereka tak perlu tahu  tentang pernikahan Alesya dan Airil, perkara tu harus dirahsiakan”. Bisik hati Datin Ruhaya.
            “tapi…tak apa aunty setuju sahaja, lagipun aunty memang dah lama nak Wanda jadi menantu aunty” sambung Datin Ruhaya puas dengan jawapannya.
Tangisan dan rintihan bersemai di hati Alesya ketika mendengar perbualan mereka, namun dia tahu siapa dirinya. Alesya ke ruang tamu dengan membawa sedulang air. Perbualan yang tadi rancak tiba-tiba sunyi dan semua mata tertumpu padanya, Alesya jadi kaget tatkala matanya bertentangan dengan Wanda.
            “eh siapa pula dia ni, tak pernah nampak pun sebelum ni” Wanda merenung Alesya dengan pandangan tajam sambil memikir-mikir.
            “jemput minum Puan Sri”, pelawa Datin Ruhaya memecah suasana dingin secara tiba-tiba. “ini pembantu rumah saya yang baru, Alesya, yang dulu tu dah balik Indonesia maklumlah susah nak ambil orang luar bekerja, jadi saya ambil orang tempatan.” Terang Datin Ruhaya merungkai kekeliruan dua beranak tersebut.
            “yang lagi seorang tu mana?” tanya Puan Sri Nisa
            “Oh..Mak Jah ada lah tu kat dapur. Jawab Datin Ruhaya
Alesya tidak terperanjat dengan apa yang diperkatakan oleh ibu mentuanya. Dia tahu sesiapa pun akan malu bermenantukan pembantu rumah sepertinya, walaupun hatinya remuk Alesya tetap sabar kerana itu yang dapat merawat luka Alesya kala ini.
************************************************************************
            Tengah hari  itu seperti biasa Alesya akan menyediakan hidangan untuk suami dan mentuanya, namun dia berasa pelik sejak dari pagi tadi dia tidak nampak kelibat suaminya.
            “mana suami aku ni, dari tadi tak nampak, ish.. risau nya aku” Alesya mulai bimbang, lantas meniti  anak tangga dan mengetuk pintu bilik Airil.
            “tokk…tokk…..Encik Airil….Encik turun makan” Alesya setia memanggil Airil sambil mengetuk pintu dengan kuat namun tiada sahutan. Alesya nekad membuka tombol pintu.
            “Ya Allah…Encik Airil…” Alesya terkejut melihat Airil terlentang dihadapan pintu bilik air. Dia segera memangku kepala Airil diribaanya hatinya jadi sayu, badan Airil panas, terdapat bintik-binti merah di kaki dan tangan Airil, Alesya cemas.
            “Mak Jah tolong…..tolong…..Encik Airil…..” Alesya teriak meminta bantuan Mak Jah. Perempuan seabad itu juga seorang pembantu rumah yang telah bekerja semenjak Airil dilahirkan dan padanya lah tempat Alesya mengadu.
            “Ya Allah..kenapa ni?” Mak Jah terperanjat.
            “Mak Jah tolong tengokkan Encik Airil, saya telefon ambulan sekarang” arah Alesya dengan cemas.
Malam itu Alesya berjaga di hospital menemani Airil, dia merenung bait-bait wajah Airil, kasih sayangnya tumpah pada Airil. Tangannya ligat menulis Diari tempat mencurah rasa.

18 feb.2011
Colombia Hospital
Salam diari..
Kasihan suamiku.terlantar atas katil, tak sanggup aku tengok dia dalam keadaan macam ni, Ya Allah andai dapat kau sembuhkan suamiku dengan memindahkan penyakitnya pada aku, aku redha Ya Allah…kasihan suamiku…tolonglah Allah sembuh kan penyakitnya…Aku rindukan butir bicaranya, renungan tajamnya…sesungguhnya kau maha mendengar…
Aku amat mengerti  perasaan suamiku dan ibu mertuaku tehadapku, aku tak ada siapa lagi yang aku harapkan di dunia ini selain mereka…berilah aku peluang untuk mencari secebis kasih dari mereka, dari kecil aku tak pernah rasa disayangi, ayah pergi saat aku perlukan sokongan, ibu lari tinggalkan aku saat aku perlukan belaian, saudara yang ku anggap seperti keluarga tergamak memperlakukan  aku seperti hamba abdi…
Aku juga mengerti cinta suamiku hanya untuk Wanda….jika nak dibandingkan dengan aku , Wanda berpuluh kali ganda hebat dari aku, aku ni apa yang ada,pendidikan pun tak seberapa, harta pun tak ada, rupa pun entahlah….walau macam mana pun aku bersyukur dengan segala yang aku ada sekarang ni….sekiranya ada apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga aku, aku akan cuba pertahankan,walaupun aku dapat jangka apa yang bakal berlaku…
Suamiku Airil Zafirul…..aku sangat mencintaimu……….

Titisan-titisan air mata membasahi helaian diari, sambil dia melihat sekujur tubuh Airil yang terbaring. Alesya berteleku disebelah pembaringan Airil.

to be continued.........




Wednesday, February 16, 2011

sejuta kasih untukmu....


            Bayu subuh mencengkam tubuh genit Alesya Zafira, dia bingkas bangun menunaikan kewajiban sebagai seorang hamba kepada penciptanya. Luahan hati, rasa dan suratan takdirnya diadukan kepada Yang Berkuasa, kerana bagi Alesya dia redha dengan kehendakNya. Usai solat subuh, bermulalah rutin hariannya sebagai pembantu rumah di rumah mentuanya dan bermajikan kan suaminya, dia pasrah dan akur suratan hidup seorang anak yatim piatu sepertinya. Semenjak pernikahan ekspres dia dan anak majikannya Airil Zafirul dia tidak pernah dilayan sebagai seorang isteri malahan seorang permaisuri di hati suaminya. Pernikahan yang diadakan bagi menutup malu keluarga Datin Ruhaya kerana anak lelaki tunggalnya pewaris perniagaan Almarhum suaminya Datuk Burhan iaitu Bistari Holding telah ditangkap khalwat dengan kekasihnya Wanda seorang model terkenal. Berita ini menggemparkan seluruh keluarga Datin Ruhaya dan bagi menutup malu keluarga pernikahan harus dilakukan, namun Wanda melarikan diri ke Kota Singa beralasan belum berkomitmen untuk mendirikan rumah tangga kerana namanya sedang meniti di bibir para agensi peragaan. Alesya Zafira menjadi galang gantinya dengan perkahwinan kontrak bersama  Airil Zafirul. Masih segar dalam ingatan Alesya sewaktu dia di akad sebagi seorang isteri yang sah kepada Airil, hatinya berlagu indah bagaikan mimpi dalam mimpi bernikah dengan lelaki tampan yang menjadi idaman wanita. Namun tidak bagi Airil, hatinya bergelojak dengan pelbagai rasa, dia bagaikan tidak percaya dinikahkan dengan pembantu rumahnya sendiri. Pernikahan yang diadakan di Pejabat Agama dirasakan satu penghinaan buatnya namun tidak bagi Alesya yang merasakan kebahagiaan pada hari bersejarahnya. Ingatannya pada suaminya yang pertama kali  mengucup dahinya dan menyarungkan cincin dijari manisnya merupakan momen indah walaupun ketidakikhlasan terserlah di wajah Airil, namun dia akur dan sedar diri.

            Jam dinding berdetik 5 kali dan kebiasaanya Airil akan pulang kerumah, selang beberapa minit kereta Airil diparkir di halaman rumah. Tombol pintu dibuka, susuk tubuh lesu Airil menampakkan keletihan diwajahnya, dia menghempaskan tubuhnya di sofa tanpa menghiraukan sepasang mata melihatnya. Alisya menghampiri suaminya sambil membawa segelas jus oren dan mengambil Briefcase serta blazer yang dicampak dihujung meja. Hatinya tersentuh melihat suaminya terlelap di sofa,
            “kasihannya suami aku ni” detik hati Alesya.
Kasih sayangnya terhadap Airil amat mendalam, dia menghampiri Airil dan membuka stokin yg masih bersarung di kaki. Airil terkejut dan terjaga dari lelapannya.
            “maafkan saya Encik Airil” panggilan ‘Encik’ begitu sinonim bagi Alesya yang tidak diiktiraf sebagai isteri oleh Airil. Dia sendiri yang membahasakan panggilan sebegitu.
            “hah tak apalah” Airil bingkas bangun, tiada kemesraan yang ditunjukkan.
            “minum dulu Encik” segelas jus oren disuakan namun dipandang sepi. Airil bingkas bangun dan meniti anak tangga tanpa sebarang butir perkataan. Alesya melihat suaminya hingga hilang dari pandangan. Begitulah setiap hari yang Alesya lalui, namun tidak pernah sekelumit pun dia membenci Airil.
************************************************************************
            Senja telah berlabuh, usai solat isyak Alesya mecoretkan rasa hati pada Diarinya. Baginya diari lah tempat dia meluahkan rasa kerana dia tidak mahu tertinggal sedikit memori pun bersama suaminya.
10 feb.2011
Salam diari..
Hari ni aku gembira sangat dapat menjalankan tanggungjawab ku sebagai isteri. Walaupun suamiku tidak menunjukkan reaksi apa-apa tapi aku bersyukur kerana dia sudi menerima aku sebagai isterinya, pekerjanya dan memberi aku tempat tinggal yang selesa. Di dunia ni aku hanya ada suamiku sahaja walaupun dia tidak sudi menerima aku  cukuplah sekadar dia tempatku mencari pahala.
T O BE CONTINUED........................

Saturday, January 29, 2011

holiday...vs holiday

Alhamdulillah dpt gak jumpe my lappy yayunk ni...setelah 2day xjmpe....dpt gak post blog... best nye dpt bercuti kat The Royale Bintang..tanx pd my fwen Ashwad sbb sponsor tiket..tanx ye dik...hmmm awek die xdpt nak g so.. die bg kt kitorg ler...aku g ngan my best fwen ayunkku tiyah....g sane nek kete ngn die...jakun nye..hehehe..
ptg sampai kul 3...kul 5 g mandi kt swimming pool...wowyyyy..tp hujan...redahh jek...hmmm...pas 2 sok pg nye..g b.fast kat Asiatique Restaurant...mkn freeee woowwyy....lngkah kanan jumpe lak ngn sepasang hubby n wife glamourous...Ayu raudhah n Zakuan Adha....best nyerrr.............

Friday, January 21, 2011

RAPUH..

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Monday, January 17, 2011

HMMM...lme gak x view post nie....alhamdulillah my fwen dh dpt baby comel sgt gurl 2....best nye klw ade anak...hehehe...tp klw xsedia lg nak wat cmne kan...hehe
anyway..kat pic ni hensem kan..wow he`s mine....my jacob...
dh start sem baru nie sume kne standby...
Alhamdulillah result pown ok.....yg pnting skrg nak maju dan trus maju....

Wednesday, January 5, 2011

tolong bla lah feeling nie.........

tolonglah plz plz plz..........perasaan yg cmni aku xsuke sgt..npe feeling cam ni ley timbul lak ek...benci arrrr..... someone plz help me.................