Friday, April 1, 2011

sejuta kasih untukmu....continue


Titisan-titisan air mata membasahi helaian diari, sambil dia melihat sekujur tubuh Airil yang terbaring. Alesya berteleku disebelah pembaringan Airil.

Lamunan Alesya terhenti tatkala pintu bilik Airil dikuak. Wanda menerjah masuk meluru memeluk Airil.Alesya tergamam.
            “baby….wake up..please don’t leave me…bangun sayang” Wanda merengek seperti anak kecil lagaknya membuatkan Alesya terfikir motif sebenar Wanda. Benar-benar cinta atau cuma lakonan semata-mata.
            “Airil sayang….macam mana boleh jadi macam ni? I tau you rindu kan I…” Wanda mengusap lembut pipi Airil seolah-olah mahu mengucupnya. Alesya menjadi pemerhati yang setia di sudut kamar, hatinya bergelojak pelbagai rasa, simpati? Cemburu? Marah? Namun dia sedar kedudukan nya yang tidak setaraf untuk menjadi pembangkang dan penghalang hubungan mereka berdua.
            “Airil..you dah sedar sayang..?” suara Wanda terdengar keriangan tatkala melihat mata Airil terbuka. Airil membuka bantuan pernafasan yang berada di mulutnya. Dia perlahan minta dibangunkan, Wanda memeluk Airil sambil menangis dibahunya. Airil tidak menolak dan membalas pelukan Wanda dengan erat. Kedua-dua pasangan itu tidak mempedulikan pemerhati yang sedari tadi menyaksikan drama rekaan Wanda dan suaminya. Alesya keluar dari bilik itu dengan takungan air mata yang ditahan-tahan sejak dari tadi. Tangisan kesyukuran melihat suaminya sedar dari tidur yang panjang juga tangisan hati seorang isteri yang dipinggirkan. Hatinya terlalu sebak, pelbagai andaian yang berlegar diruangan mindanya, lantas dia mengabdikan diri pada Maha Pencipta.
            Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Aku mohon petunjuk dari mu sesungguhnya aku dalam kebuntuan, aku hilang arah. Ampunkanlah dosa ku kiranya aku tidak membahagiakan suamiku, kiranya aku berbuat khilaf dalam rumahtangga ku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat merasai cinta sesama insan yang bergelar suami, dapat memberi kasih sayang ku padanya. Ya Allah sekiranya dia bukan untuk ku aku Redha Ya Allah, aku mahu dia bahagia disamping insan yang dia cintai kerana kebahagiaannya adalah kegembiraan ku, namun pengharapan yang baik aku pohon dari mu.Amin Yarabbal al-amin
            Usai solat maghrib Alesya duduk di balkoni hospital sambil melihat para pelawat berpusu-pusu ke parkir kereta untuk beredar, matanya tertumpu pada sepasang suami isteri yang jalan beriringan sambil berpimpinan tangan sekejap-sekejap suaminya memegang perut isterinya yang membesar tatkala isterinya berkerut seperti mengatakan sesuatu. Kebahagian pasangan tersebut terpancar dari raut wajah mereka. Hati Alesya terusik, fikirannya menerawang memikirkan alangkah indahnya Alesya ditempat pasangan tadi. Bukan emas dan permata yang Alesya mahukan tapi kasih sayang yang berkekalan.
            “Alesya..” sapaan yang membuatkan lamunannya terhenti tatkala bahunya di sentuh.
            “Encik…kenapa kat luar ni Encik kan tak sihat?” tanya Alesya menyembunyikan kekalutan wajahnya akibat terperanjat.
            “Saya cari awak..awak buat apa kat sini? Pergi mana tadi?” tanya Airil.
            “hmm….saya tak nak ganggu Encik, Cik Wanda mana? Tanya Alesya sambil mencari-cari kelibat Wanda.
            “dia dah balik…”

to be continued...

1 comment:

  1. Kebahagian pasangan tersebut terpancar dari raut wajah mereka. Это мы так подошли к вопросу отличного интимного досуга, что всегда обеспечивают Шлюхи Киева Самое существенное для нашего благоденствия есть здоровье, а затем средства для нашего содержания, то есть свободное от забот существование. Всегда еборь выбирает одних женщин, и отается равнодушным к другим девушкам, даже если вторые очень стараются и делают все возможное для того, чтобы привлечь их внимание. Самое важное - это узнать все тайны женской привлекательности: в чем они заключаются в характере, внешности или в чем- то еще?

    ReplyDelete